3 Aplikasi Meditasi Untuk Anda Rileks dan Kurangkan Stres

Gaya Hidup & Kesihatan

Susah nak tidur? Ya.

Senang melenting? Ya.

Sentiasa risau? Ya.

Penat sepanjang masa? Ya.

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita sedang mengalami stres.
Ilustrasi menunjukkan seorang wanita sedang mengalami stres

Sebenarnya, ini antara petanda-petanda stres. Jangan risau, stres yang berpada adalah normal dalam kehidupan dan meditasi mungkin boleh bantu anda atasinya. 

Jadi, apa itu meditasi? Meditasi adalah satu praktis yang menggunakan teknik untuk minda anda fokus kepada suatu objek, pemikiran atau aktiviti untuk mencapai tahap minda yang tenang dan stabil. Biasanya ia melibatkan perhatian khusus kepada proses yang berlaku ketika anda bernafas. Contohnya, apabila anda menarik nafas anda akan ambil perhatian tentang pergerakan di dada dan perut.

Ilustrasi menunjukkan wanita sedang bermeditasi.
Ilustrasi menunjukkan wanita sedang bermeditasi

Meditasi ini fungsinya untuk urus tekanan, tingkatkan kualiti tidur, mengurangkan tekanan darah, atau kawal ketagihan. Kalau anda nak tahu, penggunaan aplikasi meditasi dan produk mengurangkan stres ni meningkat di Malaysia sejak PKP! Jadi, ini antara 3 aplikasi yang boleh dicuba untuk anda yang nak rileks dan tingkatkan kesihatan mental.

CARA KURANGKAN TEKANAN

Nak jaga kesihatan mental ni sebenarnya bermula daripada perkara asas. Kena tidur yang cukup dan berkualiti, aktif beraktiviti fizikal, makan makanan seimbang dan ada sistem sokongan. Cuba praktikkan beberapa minggu dan konsisten untuk jadikan tabiat. Lepas itu lihat kesannya. Untuk mudahkan lagi, gunakan salah satu dari 3 aplikasi ini dalam kehidupan harian anda:

1) Headspace (Aplikasi Meditasi Terbaik):

Tangkap layar aplikasi Headspace.
Tangkap layar daripada aplikasi Headspace

Untuk aplikasi Headspace ni, ada interface yang menarik. Daripada warna dan logonya saja dah kenal aplikasi ini. Di dalamnya ada banyak pilihan meditasi; misalnya meditasi untuk masuk tidur, untuk kawal tekanan dan fokus. Nak urus anxiety pun termasuk, malah untuk kanak-kanak pun ada! Semuanya tersusun dengan baik dan mudah sangat untuk dinavigasi.

Muat turun di: Google Play & App Store (berbayar).

2) Calm (Aplikasi Bunyi Persekitaran)

Tangkap layar daripada aplikasi Calm

Bagi aplikasi Calm ni pula, ia menawarkan lebih banyak latihan free form seperti 21 Hari Fokus atau Latihan Pernafasan. Ciri-ciri meditation timer yang fleksibel juga ada untuk tetapkan masa yang anda mahukan. Aplikasi ni akan bantu anda rekodkan statistik seperti bilangan sesi yang telah diselesaikan. Selain itu, aplikasi ini juga bantu jejak mood anda dengan lebih kerap.

Muat turun di: Google Play & App Store (percuma & berbayar).

3) Healthy Minds Program (Ringkas & Percuma)

Tangkap layar daripada aplikasi Healthy Minds Program

Ini aplikasi win untuk anda yang memilih sesuatu yang percuma dan ringkas. 4 perkara utama boleh aplikasi ini bantu anda adalah tentang Kesedaran (Awareness), Hubungan (Connection), Pemahaman (Insight) dan Tujuan (Purpose). Kandungannya juga lebih mesra pengguna dan bermatlamat berbanding aplikasi percuma lain.

Muat turun: Google Play & App Store (percuma).

PENGGUNAAN APLIKASI MEMBANTU MENURUT KAJIAN

Dalam satu kajian, kebanyakan pengguna dapat mengurangkan stres setelah 2 minggu menggunakan bantuan aplikasi yang ada di pasaran. Antara kesan yang jelas; kurang rasa letih dan lebih fokus. Ada juga yang lebih ihsan, kurang judgmental dan dapat terima diri sendiri dengan lebih baik.

KEKAL TENANG DI MANA SAJA ANDA BERADA

Penjagaan kesihatan mental yang baik dapat dicapai dengan adanya ketersambungan Internet bila anda guna aplikasi seperti di atas. Kat mana saja anda pergi, boleh diguna. Tapi kalau anda perlukan saringan kesihatan mental dengan bantuan profesional, jangan lengah dan terus dapatkan bantuan.

Ilustrasi menunjukkan wanita sedang duduk berehat sambil memegang cawan kopi.
Ilustrasi menunjukkan wanita sedang duduk berehat sambil memegang cawan kopi

Antara khidmat yang disediakan kerajaan adalah Pusat Komuniti Kesihatan Mental / Community Mental Health Centre (MENTARI). Anda juga boleh juga hubungi Befrienders di talian 03-76272929 untuk bantuan sokongan emosi. Jangan lupa, seperti sakit fizikal yang boleh dirawat, begitu juga gangguan mental yang perlu mendapat perhatian yang sama. 

Jadi jaga kesihatan diri, mental dan juga fizikal. 

Pilihan Menarik Untuk Anda