8 Ciri-Ciri Aplikasi Islamik yang tak Ramai Orang Tahu!

Gaya Hidup & Kesihatan

Situasi yang selalu terjadi. Ketika dalam tren ataupun di mana je anda berada, sayup-sayup kedengaran,

“Allaaahuakbar Allaaaaaahuakbar..”.

Pasti banyak mata akan tercari-cari siapa sang punya telefon. Senang je kalau nak tahu, dia pasti akan kelam kabut nak tutup notifikasi. 

Notifikasi azan adalah antara ciri aplikasi Islamik yang sangat popular di malaysia. Tapi takkan itu je inovasinya? Mestilah tak! Jom ketahui lebih banyak lagi ciri-ciri aplikasi dalam laman web yang mungkin pertama kali anda dengar. Baca sampai habis untuk lihat perbandingan aplikasi paling popular!

Tapi sebelum tu, cuba anda lihat semula ciri-ciri aplikasi Islamik dan laman web yang selalu kita guna:

  • Arah Kiblat
  • Waktu Solat
  • Bacaan Al-Quran
  • Kumpulan Doa-Doa
  • Kalendar Hijrah
  • Tasbih Digital
  • Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan

Ciri-ciri di atas adalah asas kepada kebanyakan aplikasi Islamik dan FYI salah satu aplikasi pertama yang diluluskan oleh Lembaga Kawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri Malaysia di bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326) adalah SMART QURAN! Satu inisiatif literasi digital dalam memberi akses mudah dalam bacaan Al-Quran kepada rakyat. Okay, sekarang kita tengok pula satu-satu, 8 ciri-ciri aplikasi Islamik yang mungkin jarang anda dengar:

1. Koleksi Hadis

Bukan je bacaan Al-Quran. Anda juga boleh membuat bacaan hadis di dalam aplikasi. Antara koleksi hadis yang dipaparkan adalah Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud dan lain-lain. Menarik kan? Tapi perlu diingatkan, pembacaan perlu digandingkan dengan pembelajaran secara langsung dengan para ilmiah.

Tangkap layar daripada aplikasi The Noor

2. Restoran Halal & Masjid Terdekat

Aplikasi sekarang siap boleh beritahu masjid dan kedai makanan halal terdekat. Mungkin kalau di Malaysia senang nak cari makanan halal. Tapi kalau luar negara? Tadaa, aplikasi ini hanya perlukan kebenaran untuk menjejak lokasi semasa anda je.

3. Solat Tracker

Seterusnya, kalau anda ada anak yang sedang belajar istiqamah dalam solat, solat tracker sangatlah membantu. Bukan untuk anak-anak saja untuk orang dewasa pun boleh. Jadi lepas ni, update je di telefon. Mudahkan?

Tangkap layar daripada aplikasi MuslimPro & The Noor

4. Kaunter Zakat

“Laa kalau tahu, lepas ni bayar zakat online je senang”. Kalau yang pertama kali tahu tentang kemudahan bayaran dalam talian, mungkin akan cakap macam ini. Tak payah risau tentang akad dan proses bayaran. Pembayaran dalam talian di aplikasi seperti MuslimPro amat memudahkan.

5. Gerbang Tabarru’

Pernah dengar tentang Tabarru’? Maksudnya ialah derma, hadiah dan sumbangan. Orang sekarang ramai yang menderma tapi takut tersalah saluran. Ramai dah kena scam, lagi-lagi di Twitter. Contohnya, aplikasi The Noor memudahkan kerja amal dengan menyenaraikan badan dan projek amal yang boleh anda salurkan sumbangan. 

6. Ceramah Online

Kalau tak sempat ke masjid anda dah ada pilihan untuk dengar ceramah online je. Ini satu ciri dalam aplikasi di mana para Muslim dan Muslimah boleh hadir secara fizikal atau dalam talian mengikut jadual acara di aplikasi untuk belajar dan berhubung dengan komuniti.

Tangkap layar daripada aplikasi Qalby

7. Konten Video

Next! Anda perasan tak yang zaman sekarang ni lagi senang nak cari konten Islamik. Tak payah nak tunggu program TV bila dah ada video-video konten di aplikasi seperti Qalby TV, Qalbox dan AlHijrah Plus.

Tangkap layar daripada aplikasi AlHijrah Plus & MuslimPro

8. Panduan Haji & Umrah

Ada perancangan untuk membuat haji atau umrah tapi masih samar tentang prosesnya? Jangan risau, semak je checklist di aplikasi seperti Qalby dan mula cari agensi umrah dan haji untuk mulakan persiapan. 

Tangkap layar daripada aplikasi Qalby & MuslimPro

Jom kejar ilmu dunia dan akhirat dengan telefon pintar. Bukan ilmu je senang nak dapat sekarang ni, pahala pun. Muat turun sekarang aplikasi yang bakal memberi saham akhirat buat anda. Tak pasti mana satu paling sesuai untuk anda? Perbandingan di bawah boleh bantu!

Jadual menunjukkan perbandingan antara aplikasi-aplikasi Islamik yang ada di pasaran.
Jadual menunjukkan perbandingan antara aplikasi-aplikasi Islamik yang ada di pasaran

Pilihan Menarik Untuk Anda