5G – Power Sangat Ke? 

Teknologi & Kreatif

“Kau ni HP je mahal tapi line masih pakai 3G, zaman bila ni?” “HP aku tak support 5G lah!” haaa bergaduh dua orang kawan berkenaan HP mahal dan capaian Internet di HP masing-masing.

Tapi tahukah anda, tak semua peranti pintar menyokong 5G. Ada yang masih ditahap 4G sahaja. Sejauh manakah keupayaan 5G ini dan kenapa ia penting untuk semua? Baca selanjutnya untuk tahu tentang 5G

Gambar menunjukkan manfaat teknologi 5G

APA ITU 5G? 

5G merupakan teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima. Teknologi ini merupakan lanjutan daripada generasi sebelumnya daripada 1G ke 4G. Akan tetapi teknologi 5G mempunyai keupayaan yang nyata berbeza berbanding teknologi sebelumnya. 

Pada zaman teknologi 1G dan 2G, sambungan dibuat bagi tujuan menyampaikan perkhidmatan suara, diikuti dengan 3G untuk sambungan data mudah alih manakala teknologi 4G dibangunkan untuk Internet mudah alih. Teknologi 5G pula mempunyai keupayaan untuk mengubah fungsi teknologi mudah alih kepada masyarakat.

3 KELEBIHAN RANGKAIAN 5G

Ilustrasi menunjukkan kepelbagaian penggunaan teknologi 5G

  • Kelajuan – Rangkaian 5G akan meningkatkan kelajuan Internet kepada semua pengguna mudah-alih. Secara teori kelajuan minimum sekitar 10 Gbps dan kelajuan maksimum untuk rangkaian 5G ini mampu mencecah sehingga 100 Gbps. tak dapat dinafikan, penggunaan rangkaian 4G adalah baik-baik sahaja. Anda mampu menggunakan rangkaian 4G untuk aktiviti seharian seperti melayari laman web, atau layan media sosial hingga ke pagi tapi selepas ini anda mampu melayari Internet dengan 100x ganda lagi laju berbanding sebelum ini.
  • Kecepatan upload & download Dengan rangkaian 4G kelajuan yang diambil untuk memuatnaik ialah 17.7 mbps. Berbeza dengan rangkaian 5G, kecepatan muatnaik boleh mencapai 23.7 mbps. Dimana masa yang diambil untuk muatnaik fail atau video sangat laju. Kalau upload pun laju maka download juga akan mengambil masa yang singkat berbanding 4G.
  • Kekuatan signal – Rangkaian 5G menggunakan gelombang yang lebih pendek berbanding 4G. Jadi kekuatan signal akan lebih stabil dan tak mudah terganggu. Berbeza dengan rangkaian 4G yang menggunakan gelombang yang lebih panjang, di mana sistem rangkaian tak teratur dan berpotensi membuang tenaga dari pemancar.

PENGGUNAAN 5G MERENTAS INDUSTRI

Secara umum, 5G digunakan merentas tiga jenis perkhidmatan ketersambungan utama, termasuk jalur lebar mudah alih yang dipertingkatkan, komunikasi  dan IoT. Ciri keupayaan 5G  ialah ia direka untuk menyokong perkhidmatan masa depan secara fleksibel yang belum wujud pada hari ini. 

Jalur lebar mudah alih yang dipertingkatkan

Selain menjadikan telefon pintar lebih baik, teknologi mudah alih 5G boleh membawa pengalaman baharu yang lebih menarik seperti VR dan AR dengan kadar data yang lebih pantas, lebih seragam, latensi  yang lebih rendah dan kos per bit yang lebih rendah.

Komunikasi 

5G membolehkan perkhidmatan baharu yang boleh mengubah industri dengan pautan tersedia yang  berkredibiliti dan boleh dipercayai serta mengurangkan kelewatan data komunikasi untuk  kawalan jauh infrastruktur kritikal dan berat, kenderaan dan prosedur perubatan.

IoT (Internet of Things)

5G bertujuan untuk menyambungkan sebilangan besar sensor dalam peranti pintar untuk hampir kesemua perkara melalui keupayaan untuk mengurangkan kadar data, kuasa dan mobiliti. Ia menyediakan penyelesaian sambungan yang laju dan kos rendah.

KENAPA  PENTINGNYA SAMBUNGAN INTERNET YANG CEKAP? 

Kecekapan sambungan Internet mudah alih menerusi 5G menjadikan kadar penggunaan tenaga lebih rendah pada peranti. Maksudnya, penggunaan bateri lebih jimat dan peranti boleh tahan lebih lama. Malah, kapasiti Internet yang tinggi pada 5G juga mampu menampung peningkatan kadar sambungan Internet pada peranti seiring dengan permintaan yang dipacu oleh Internet Pelbagai Benda (IoT). 

Ilustrasi menunjukkan telefon yang menyokong 5G

Nak tahu telefon anda menyokong 5G atau tak? Periksa di SINI 

MELANGKAH BERSAMA 5G

Ilustrasi menunjukkan perubahan dari Internet 3G ke 5G

Dengan kehadiran teknologi generasi kelima (5G), ia berpotensi besar untuk merancakkan komunikasi mudah alih melalui inovasi di samping mewujudkan industri baharu yang membawa manfaat besar kepada keseluruhan ekonomi negara.Ini bermakna 5G akan memajukan teknologi mudah alih semasa melalui penambahbaikan teknologi untuk menghubungkan manusia dengan peranti canggih lain.

5G akan mengubah cara kita hidup, bekerja dan bermain, lain dari yang kita ketahui. Kelajuan Internet sepantas kilat dan salinghubung lancar mempunyai kuasa meningkatkan perniagaan dan mengubah pengalaman harian kita. 

Pilihan Menarik Untuk Anda