“Bila last period ya?” atau “Period kali ni rasa lain macam la”.
Dalam sibuk bekerja, nak membesarkan anak atau kedua-duanya sekali, kesihatan sebagai wanita jangan pernah diabaikan. Kadang-kala pantauan yang berterusan dapat bantu kesan tanda-tanda awal penyakit yang boleh menyelamatkan nyawa.
UNTUK APA GUNA APLIKASI MENSTRUASI?
Kebiasannya, period cycle dijejak untuk anda jangka tarikh kitaran period yang seterusnya. Selain nak mengenalpasti waktu subur (ovulasi), ada juga wanita yang merekod tarikh dan tempoh period untuk mengesan apa-apa simptom luar biasa yang mungkin membawa kepada penyakit.
Jika anda salah seorang yang mengambil berat tentang period cycle anda, ini 5 contoh aplikasi yang mudah untuk digunakan sebagai pemula.
1. FLO (Terbaik Secara Menyeluruh)
Ini antara aplikasi yang paling popular. Aplikasi ini membenarkan anda untuk merekod waktu period dan simptomnya. Data yang anda rekod akan ditukar kepada graf untuk memberitahu apa yang berlaku dalam badan anda, pada tempoh yang ditunjukkan.
Kalau anda merancang untuk mengandung, dengan mudah anda boleh tukar mod jejak period kepada jejak progress kehamilan! Dalam mod ini, layout akan bertukar kepada bentuk yang membolehkan anda melihat bayi dalam kandungan membesar setiap minggu. Aplikasi ini adalah percuma, hanya bayar untuk dapatkan ciri yang lebih pelbagai.
Boleh dimuat turun di iOS & Android.
2. CLUE (Terbaik Untuk Sindrom Pra-Menstruasi, PMS)
Untuk aplikasi CLUE, layout yang dipaparkan adalah ringkas dan moden. Malah data yang anda dapati daripada aplikasi ini disokong sains. Contohnya, anda boleh mengetahui tentang penyakit Endometriosis (ketumbuhan tisu di dinding rahim) serta berita-berita terkini berkenaan kesihatan sistem reproduktif wanita.
Aplikasi CLUE mempunyai versi percuma, dan tersedia juga ciri-ciri analisis lebih mendalam melalui pakej bayaran.
Boleh dimuat turun di iOS & Android.
3. OVIA FERTILITY (Terbaik Untuk Kesuburan)
Untuk wanita yang merancang kehamilan, aplikasi ini mempunyai ciri utama menjejak isyarat kesuburan. Antaranya adalah mengesan suhu badan dalam keadaan rehat atau dipanggil basal body temperature (BBT), kedudukan serviks, dan panduan mengenai jenis cairan serviks.
Bagi yang tidak biasa tentang kepentingan suhu badan wanita, aplikasi ini akan memberitahu anda menjangka kesuburan melalui data suhu yang direkodkan. Kegunaan ini sangat sesuai untuk period tidak teratur, yang mungkin membawa tanda penyakit seperti Polycystic Ovary Syndrome (PCOS).
Boleh dimuat turun di iOS & Android.
4. BLOOD (Terbaik Untuk Kegunaan Berpasangan)
Nak bantu pasangan anda faham mengenai perubahan emosi, tarikh period dan kesuburan yang dialami setiap bulan? Aplikasi ini jawapannya.
Blood membolehkan anda dan pasangan berinteraksi serta berkomunikasi tentang menstruasi. Pasangan boleh menghantar nota cinta untuk menceriakan waktu-waktu mood swing anda. Sekurang-kurangnya, dapat lah anda merasa disayangi ketika datangnya ‘musim sedih atau mudah marah’.
Boleh dimuat turun di iOS & Android.
5. GLOW (Terbaik Untuk Analisis Pengumpulan Data)
GLOW mempunyai lebih 40 penanda kesihatan yang boleh direkod; antaranya sindrom pra-menstruasi (PMS), aktiviti seksual, mood, kitaran ovulasi dan lain-lain melalui log harian. Daripada pilihan data yang banyak inilah anda boleh lebih memahami bagaimana period mempengaruhi kesihatan anda.
Aplikasi ini juga membenarkan anda untuk menghasilkan carta daripada data menstruasi dan kesuburan. Dari situ juga dapat membantu anda yang sedang merancang atau mengelak kehamilan dengan peringatan waktu subur.
Boleh dimuat turun di iOS & Android.
PENTING UNTUK WANITA PANTAU KESIHATAN DIRI
Aplikasi jejak menstruasi memang penting untuk semua wanita dan remaja bagi memantau kesihatan menyeluruh. Tak kira anda berada di bandar atau pinggir bandar, akses kepada aplikasi ini membantu pantauan kesihatan wanita. Jika ada apa-apa abnormaliti yang dapat dikesan, rawatan awal sangat membantu untuk menyelamatkan nyawa.
Dengan capaian Internet yang semakin meluas di pinggir bandar, Internet di rumah dapat dipasang. Jadi, simptom luar biasa boleh dipantau melalui aplikasi sahaja untuk menggesa para wanita yang tinggal di pinggir bandar membuat pemeriksaan di hospital yang lebih besar.
Melalui aplikasi digital, anda akan lebih mudah memahami apa yang berlaku pada badan dan sistem reproduktif wanita. Bagi pasangan yang menggunakan aplikasi sebegini bersama, anda boleh merancang kehamilan dan meraikan perjalanan setiap simptom dengan yakin kerana ianya disokong oleh data dan sains.
Muat turun sekarang dan selamat menjejak data!