4 Tips Lindung Anak dari Bahaya Internet!

Gaya Hidup & Kesihatan

“Sidi! Buat apa dalam selimut tu? Main game lagi, kan dah pukul 2 pagi ni?”

Ilustrasi menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan bermain game

Ibu bapa pasti tak asing dengan dialog di atas di mana anak-anak ralit bermain game tak kira waktu. Jika tak dipantau, bahaya penggunaan Internet tanpa had dapat memberi kesan negatif seperti perkembangan sosial yang terbantut dan risiko terdedah dengan jenayah siber. 

Seperti mana setiap satu perkara mempunyai baik dan buruk, begitu juga penggunaan Internet yang tak dikawal. Namun keburukan ini boleh dielak dan dihindari. Jadi ini antara 4 cara yang ibu bapa boleh lakukan untuk memantau dan mengawal aktiviti dan masa anak-anak berada di alam maya. Walaupun dari jauh!

BAHAYA KALAU BIARKAN ! CEGAH SEBELUM JADI LAGI TERUK. 

Ini 4 cara yang boleh ibu-bapa praktikan untuk jaga keselamatan anak-anak dalam dunia maya.

Ilustrasi menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan bermainan dengan permainan

1. Hadkan penggunaan Internet di kediaman

Masa anak-anak perlu seimbang antara dunia digital dan juga sebenar. Rangka jadual yang khusus untuk mengawal anak daripada kerap mengakses Internet. Ini juga boleh dilakukan melalui Parental Control menerusi modem router. Untuk cara-caranya boleh ikut tutorial di sini.

Poster menunjukkan tips dari CyberSecurity Malaysia

 2. Pendedahan tentang dunia teknologi kepada anak-anak

  • Pendedahan berkaitan Internet ini adalah penting supaya anak-anak mengetahui kebaikan dan keburukan Internet. Terutamanya mengenai cara melayari Internet dengan selamat dan bahaya ketagihan Internet. 
  • Contohnya, kalau anak-anak gemar berchatting dalam game. Risau mereka akan mula berbual dengan orang yang tak dikenali sekali gus boleh menjurus ke jenayah yang tak diingini.
  • Jadikan isu bahayanya terlalu bebas penggunaan dunia teknologi ini kepada mereka dalam bentuk bualan harian. Pada masa sama menekankan tentang cara-cara menggunakan Internet dengan betul. 
  • Bukan saja dapat mengeratkan hubungan sesama sendiri, anda juga dapat tahu apa topik di alam maya yang hangat diperbincangkan di kalangan rakan-rakan anak anda. Jadi anda boleh tapis, nasihat dan elak.  

Tangkap layar menunjukkan aplikasi Google Family Link

3. Sentiasa memantau penggunaan Internet

  • Tapi kini anda mempunyai pilihan untuk memantau dengan menggunakan aplikasi seperti Google Family Link yang boleh dimuat turun di peranti ibu-bapa dan anak-anak.
  • Boleh set screen time, blok portal yang membahayakan, lindungi privasi data anak-anak anda dan dapatkan notifikasi seperti peratus semasa bateri peranti anak.
  • Ibu bapa juga boleh set had masa skrin, benarkan atau tolak aplikasi yang anak anda ingin muat turun dan lihat lokasi semasa anak anda.
Ilustrasi menunjukkan iklan dan laman web yang disekat menggunakan perisan anti-virus

4. Sentiasa kemas kini dan pasangkan peranti Anti-Virus dan perlindungan spam 

  • Kadangkala apabila anda melayari Internet ada saja timbunan iklan yang tak senonoh seperti paparan laman sesawang lucah atau yang mencurigakan.
  • Sebagai ibu bapa yang peka, perkara ini amat bahaya untuk anak-anak, kerana risaukan mereka terklik pada saluran yang bakal merosakkan diri dan minda mereka. 
  • Oleh itu, pasangkan perlindungan daripada iklan sembarangan ini daripada muncul, serta sekat segala aplikasi yang tak wajar mereka tahu tentangnya.
  • Contohnya perisian anti-virus akan memberi notifikasi apabila ia mengesan sebarang perisian yang boleh merosakkan peranti dan juga kandungan-kandungan yang tak sesuai untuk anak-anak.

PANTAU ANAK JADI LEBIH MUDAH!

Ilustrasi menunjukkan keluarga yang sedang menggunakan peranti-peranti di rumah mereka

Dengan adanya Internet di rumah, memang mudah urusan anak-anak untuk membuat kajian tentang kerja rumah mereka dan juga mencari tahu apa saja perkara yang mereka inginkan. Ia memudahkan dan memberi manfaat, tapi jika tak dikawal turut mengundang bahaya. 

Inilah mengapa mereka memerlukan pantauan berterusan daripada ibu-bapa masing-masing. Jadi teknologi dan Internet memudahkan perkara ini dengan pantauan menerusi aplikasi seperti Google Family Link dan juga ciri Parental Control Setting di Modem Router. 

Jadi ibu-bapa, anda dah tahu kan apa tindakan anda seterusnya? Jom implementasikannya!

Pilihan Menarik Untuk Anda